Sunday, December 11, 2011

Duniaku kini.

Pejam celik pejam celik dah pun dipenghujung 2011. check balik, bila gaknya last update blog. hehehehe april 2010. perghh lamanya. semua orang dapat 24 jam sehari. tp rasanya mcm tak cukup bagiku. banyak kerja yang nak dibuat. banyak hati yang perlu nak dijaga. banyak perkara baru muncul. banyak juga teman baru yang mengukir senyum. banyak hati yang ceria. banyak banyak dan banyak yang aku nak citer tp maybe tak tercerita.
Alhamdulilah.. Tadika Bintang Aurora dah masuk 2 tahun. Semoga semakin maju dan berjaya mendidik anak bangsa. insyaAllah. amin. dan..lets share some pic from my tadika. senyuman anak kecil yang menghiburkan. Setiap hari meluangkan masa yang sepicing cuma untuk menyiapkan costume binatang. dan ia amatlah berbaloi dengan terukirnya senyuman mereka. anak anak didikku, i will do anything yang akan membuatkan kamu semua gembira mempelajari ilmu dunia dan akhirat. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan ilmu dan rezeki untuk kita. amin.


Saturday, April 17, 2010

kembali lagi

Lama benar menyepi. mood nak menulis susah nak timbul.dan hari ni, kembali menulis walau sedikit. tp cukuplah untuk menaikkan mood semula.

Masa berlalu. kehidupan juga turut berubah. Yang pasti, usia semakin bertambah. anak semakin besar. Dulu aku seorang suri rumah now aku seorang guru. Masih seperti mimpi sebenarnya.

Sebenarnya aku keliru pada awalnya. Bolehkah aku menjadi seorang guru. semuanya bermula secara tidak sengaja. Bila sekumpulan kanak2 yang bermain tetapi tidak berbudi bahasa . kanak2 seusia 4, 5, 6 tahun tp mulut tak lekang ngan "bodoh", "sial", "sengal" dsbnya. Secara spontan aku pasangkan niat untuk mendidik mereka jika pluang itu diberi padaku.

Temuduga pertama sebagai guru tadika, alhamdulilah berhasil. dan aku merasa teruja dan gembira sgt. 3 bulan menjadi guru Tadika. Aku mula sunyi bila kanak2 tiada semasa cuti sekolah. bersama teman seperjuangan, terlontar idea untuk membuka tadika sendiri dengan sokongan keluarga dan teman2 yg kuat, akhirnya tertubuhlah Tadika Bintang Aurora. Bersinar secerah Bintang, unik seindah Aurora.Alhamdulilah... Because u love me, aku akan terus mengimarahkan bumi ini. Thank You Allah. I love u and i will always love you.

Friday, August 8, 2008





projek semalam..

Monday, August 4, 2008

Kek Lapis durian



Alhamdulilah, musim buah datang lagi, Musim durian, manggis diikuti rambutan, jab lagi cempedak, dan buah sepanjang musim iaitu buah kelapa sawit. heheh
Bercerita pasal buah durian. Raja durian ini memang cukup gah dalam mencipta nama. Apa saja bila dicampur dengan durian menjadikan makanan itu sedap dimakan. kuih berinti durian.. kuih muih yang cukup enak. Tempoyak, durian masam yang diperam mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Pengat durian, bubur durian, dodol durian, Kuah durian emm dimakan bersama pulut atau cecah saja ngan roti. Keistimewaan buah durian bukan setakat dimakan begitu sahaja. Malah ada yang memakan isi durian bersama nasi dan garam. itu sahaja tanpa lauk pauk yg lain sudah cukup enak dinikmati. tapi tak pernah pulak mencuba. Al kisah raja buah tak habis lagi. Banyak kisah disebalik buah durian.

Binatang juga penggemar buah durian. Tupai.. tidak dinafikan. Dan kisah yang ingin jiha kongsi bersama. Binatang yang paling pandai memakan durian. Iaitu Harimau. Harimau cukup bijak memakan buah durian ini. bukaan durian yang kemas dimana pangsa2 nya yang terbuka akan membentuk seperti bunga yang kembang. Ini kerana kukunya yg tajam bijak memainkan peranan sebagai pisau dan menarik pangsa2nya terbuka. setiap ulas dimakan dengan bersih dan tidak bersepah. biji2 durian akan dilonggok disatu tpt.
nak tau durian yang paling sedap? heheh sangguptak anda untuk memakannya?
Alkisah, tidak tahulah kebenarannya cerita ini. Tapi jiha dapat cerita ini daripada seorang pakcik yang telah menikmati durian yang sedap ini. itupun pada zaman mudanya ketika menimba pengalaman membuka tanah hutan untuk dijadikan ladang.
Durian yang keluar dari najis gajah adalah amat enak isinya. kenapa? entahlah.. tak percaya? prcayalah... gajah akan memakan durian tanpa dikopek. Sebiji durian akan ditelan begitu sahaja. sekiranya durian yang keluar dari perut gajah bersama najis itu masih kekal sebiji, maka durian itu boleh dimakan. bersihkan Durian itu dari najis dan kopek. isinya tetap kekal seperti durian yg biasa tapi isinya akan menjadi lebih sedap. yarkkhh ptuiii.. adehhh tak sanggup rasanya nak makan. tapi pak cik tu citer , isi durian itu lemak. sebagaimana kita memakan durian yang paling sedap, begitulah rasa durian yg keluar bersama najis gajah.

so semalam teringin nak nak mencuba kek lapis durian. Ini semua penangan dari kak rin. Kek lapis durian sedap katanya. malangnya resepi tak de. apa nak buat ekk. emm termenung sejenak dan suba memanupulasikan resepi yang ada. menjadkan resepi baru iaitu kek lapis durian. Alhamdulilah, cubaan pertama membuat kek lapis durian menjadi. Dan rasanya sedap dimakan. dah habis pun heheheh.. jiha beri jiran2 dan teman2 rasa agar dapat memberi komen yang membina. Sesiapa yang berminat boleh lah order. Harga RM 70. Rm 20 untuk kos penghantaran di semenanjung malaysia. Pilihan diberi kepada mereka yg tidak menggemari kek yang manis. samada inginkan kek yang manis secukup rasa iaitu manis 2 buah. atau kek yang asli iaitu kek yang manis. Terima kasih:D

Wednesday, June 11, 2008

muffin lagi



semalam sementara menunggu anak siapkan latihan , main masak2 kat dapur. Leh la anak bawa bekal ke sekolah pagi tuh. Pisang pun ada, apalagi... bancuh2 dan bakar. Malam ni plak anak nak buat muffin choc chip. Lepas balik tuisyen dia kata nak buat sendiri. bagi resepi, kuarkan bahan2 then tgk jer dia buat. hehehe terkial2 nak godak tepung.

inilah hasilnya. satu tu muffin buah2an campuran. satu lagi choc chip. jiha tak minat sgt choc chip tu yang tumpang 2 cup utk buah2an campuran. Ingat nak pos kuih bahulu tp tak jadi plak. nanti cuba lagi, kalau jadi nak pos..nak tunjuk ngan cikgu rozi :D

Sunday, May 25, 2008

Kung fu didapur.

Semalam pagi sebenarnya aku ada program. Entah kenapa..samada lupa atau buat-buat lupa atau malas.. heheh entahlah. Selepas anak sulongku ke keKlinik DIDIK anjuran berita harian..aku pun sambung tido. sambil memeluk my otomen.Bangun je karen dah tak de. Nak kata blackout, hari dah siang, so tak de black. Nak basuh baju tak leh.. nak gosok baju pun tak leh. Apa nak buat ekk. So aku cuma mengemas rumah dan buat apa yg patut. Siram pokok bunga dan dok cuci dan pujuk pokok bungaku yang terkena penyakit. adehh..ciannya. Then aku pun ke pasar ngan my otomen, lepas tu cari bahan kuih. tak habih2 nak membuat kuih. tp best buat kuih ni,kalau menjadi lagi best. so my project hari tu adalah roti dan pizza semester dua.kuang10x Anak-anak beriya suh buat pizza lagi. so apa salahnya buat kan.

Ini aku namakan roti cengkerang siput. hehehe pandai2 jer buh nama.:P



ini plak nak buat pizza.




Alamak.. yang ni lupa plak apa namanya. sorry cikgu..apa ek namanya. roti sausage ekkk.heheh jgn marah cikgu.



my pizza.




antara roti yg dah siap.

Wednesday, May 21, 2008

Pelbagai kek lapis


Aku buat kek ni raya tahun lepas..antaranya kek lapis kopi, kek lapis evergreen, kek lapis strawberry, kek lapis blueberry, kek lapis sarawak, kek lapis batik sutera, kek lapis asam manis, kek lapis betawi, Pandan layer , adoii ada banyak lagi tp aku lupa, lagipun kek tu tak termasuk dlam ini filem ... hehehhe