Monday, August 4, 2008

Kek Lapis durian



Alhamdulilah, musim buah datang lagi, Musim durian, manggis diikuti rambutan, jab lagi cempedak, dan buah sepanjang musim iaitu buah kelapa sawit. heheh
Bercerita pasal buah durian. Raja durian ini memang cukup gah dalam mencipta nama. Apa saja bila dicampur dengan durian menjadikan makanan itu sedap dimakan. kuih berinti durian.. kuih muih yang cukup enak. Tempoyak, durian masam yang diperam mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Pengat durian, bubur durian, dodol durian, Kuah durian emm dimakan bersama pulut atau cecah saja ngan roti. Keistimewaan buah durian bukan setakat dimakan begitu sahaja. Malah ada yang memakan isi durian bersama nasi dan garam. itu sahaja tanpa lauk pauk yg lain sudah cukup enak dinikmati. tapi tak pernah pulak mencuba. Al kisah raja buah tak habis lagi. Banyak kisah disebalik buah durian.

Binatang juga penggemar buah durian. Tupai.. tidak dinafikan. Dan kisah yang ingin jiha kongsi bersama. Binatang yang paling pandai memakan durian. Iaitu Harimau. Harimau cukup bijak memakan buah durian ini. bukaan durian yang kemas dimana pangsa2 nya yang terbuka akan membentuk seperti bunga yang kembang. Ini kerana kukunya yg tajam bijak memainkan peranan sebagai pisau dan menarik pangsa2nya terbuka. setiap ulas dimakan dengan bersih dan tidak bersepah. biji2 durian akan dilonggok disatu tpt.
nak tau durian yang paling sedap? heheh sangguptak anda untuk memakannya?
Alkisah, tidak tahulah kebenarannya cerita ini. Tapi jiha dapat cerita ini daripada seorang pakcik yang telah menikmati durian yang sedap ini. itupun pada zaman mudanya ketika menimba pengalaman membuka tanah hutan untuk dijadikan ladang.
Durian yang keluar dari najis gajah adalah amat enak isinya. kenapa? entahlah.. tak percaya? prcayalah... gajah akan memakan durian tanpa dikopek. Sebiji durian akan ditelan begitu sahaja. sekiranya durian yang keluar dari perut gajah bersama najis itu masih kekal sebiji, maka durian itu boleh dimakan. bersihkan Durian itu dari najis dan kopek. isinya tetap kekal seperti durian yg biasa tapi isinya akan menjadi lebih sedap. yarkkhh ptuiii.. adehhh tak sanggup rasanya nak makan. tapi pak cik tu citer , isi durian itu lemak. sebagaimana kita memakan durian yang paling sedap, begitulah rasa durian yg keluar bersama najis gajah.

so semalam teringin nak nak mencuba kek lapis durian. Ini semua penangan dari kak rin. Kek lapis durian sedap katanya. malangnya resepi tak de. apa nak buat ekk. emm termenung sejenak dan suba memanupulasikan resepi yang ada. menjadkan resepi baru iaitu kek lapis durian. Alhamdulilah, cubaan pertama membuat kek lapis durian menjadi. Dan rasanya sedap dimakan. dah habis pun heheheh.. jiha beri jiran2 dan teman2 rasa agar dapat memberi komen yang membina. Sesiapa yang berminat boleh lah order. Harga RM 70. Rm 20 untuk kos penghantaran di semenanjung malaysia. Pilihan diberi kepada mereka yg tidak menggemari kek yang manis. samada inginkan kek yang manis secukup rasa iaitu manis 2 buah. atau kek yang asli iaitu kek yang manis. Terima kasih:D

No comments: