Saturday, April 17, 2010

kembali lagi

Lama benar menyepi. mood nak menulis susah nak timbul.dan hari ni, kembali menulis walau sedikit. tp cukuplah untuk menaikkan mood semula.

Masa berlalu. kehidupan juga turut berubah. Yang pasti, usia semakin bertambah. anak semakin besar. Dulu aku seorang suri rumah now aku seorang guru. Masih seperti mimpi sebenarnya.

Sebenarnya aku keliru pada awalnya. Bolehkah aku menjadi seorang guru. semuanya bermula secara tidak sengaja. Bila sekumpulan kanak2 yang bermain tetapi tidak berbudi bahasa . kanak2 seusia 4, 5, 6 tahun tp mulut tak lekang ngan "bodoh", "sial", "sengal" dsbnya. Secara spontan aku pasangkan niat untuk mendidik mereka jika pluang itu diberi padaku.

Temuduga pertama sebagai guru tadika, alhamdulilah berhasil. dan aku merasa teruja dan gembira sgt. 3 bulan menjadi guru Tadika. Aku mula sunyi bila kanak2 tiada semasa cuti sekolah. bersama teman seperjuangan, terlontar idea untuk membuka tadika sendiri dengan sokongan keluarga dan teman2 yg kuat, akhirnya tertubuhlah Tadika Bintang Aurora. Bersinar secerah Bintang, unik seindah Aurora.Alhamdulilah... Because u love me, aku akan terus mengimarahkan bumi ini. Thank You Allah. I love u and i will always love you.

No comments: