Sunday, May 25, 2008

Kung fu didapur.

Semalam pagi sebenarnya aku ada program. Entah kenapa..samada lupa atau buat-buat lupa atau malas.. heheh entahlah. Selepas anak sulongku ke keKlinik DIDIK anjuran berita harian..aku pun sambung tido. sambil memeluk my otomen.Bangun je karen dah tak de. Nak kata blackout, hari dah siang, so tak de black. Nak basuh baju tak leh.. nak gosok baju pun tak leh. Apa nak buat ekk. So aku cuma mengemas rumah dan buat apa yg patut. Siram pokok bunga dan dok cuci dan pujuk pokok bungaku yang terkena penyakit. adehh..ciannya. Then aku pun ke pasar ngan my otomen, lepas tu cari bahan kuih. tak habih2 nak membuat kuih. tp best buat kuih ni,kalau menjadi lagi best. so my project hari tu adalah roti dan pizza semester dua.kuang10x Anak-anak beriya suh buat pizza lagi. so apa salahnya buat kan.

Ini aku namakan roti cengkerang siput. hehehe pandai2 jer buh nama.:P



ini plak nak buat pizza.




Alamak.. yang ni lupa plak apa namanya. sorry cikgu..apa ek namanya. roti sausage ekkk.heheh jgn marah cikgu.



my pizza.




antara roti yg dah siap.

Wednesday, May 21, 2008

Pelbagai kek lapis


Aku buat kek ni raya tahun lepas..antaranya kek lapis kopi, kek lapis evergreen, kek lapis strawberry, kek lapis blueberry, kek lapis sarawak, kek lapis batik sutera, kek lapis asam manis, kek lapis betawi, Pandan layer , adoii ada banyak lagi tp aku lupa, lagipun kek tu tak termasuk dlam ini filem ... hehehhe

Original kek lapis sarawak..agaknyalah.

muffin chocolate chip


Aku Ponteng kelas menjahit hari ni. Anak-anak nak peksa. kalau aku biar jer kat umah , entah-entah seronok mereka mengadap katun. buku latihan yang aku belikan cantik jer bersusun kat rak2 buku. So kenalah pantau sikit heheheh.. sesambil tuh aku pun teringin nak try resepi baru dari cikgu asma. Muffin choc chip.. Aku ke dapur dan start berkungfu ngan tepung dan senduk. amacam.. ok tak muffin tu... cikgu.. jadi tak muffin saya. lulus tak ni? agak2 kan baper % leh dapat ekkk... bg markah lebih sikit kay. kuang10x

Monday, May 19, 2008

Kisah hari ini.



Wesak Day.. tapi tak kemana pun. So aku dah cadang nak meneruskan niatku malam tadi..nak buat roti dan pizza. Malam tadi dah merayau cari tepung superfine. Tak sabar rasanya nak buat. Anak-anak dah bersemangat bila kusuarakan keinginanku. bahan-bahan dah disediakan. Projek pun berjalan. Semuanya seperti yang dirancang. Seronoknya mereka menguli doh. buat bulat2 seperti apa yang ku lakukan. Paling klakar apabila nak masukkan doh yang sudah siap dibentuk ke dalam kereta sebelum dibakar.
Tapi sayangnya tak sempat nak amik pic. len kali lerr..first pizza sekali hadap terus licin. begitu juga dengan roti. almaklumlah pertama kali membuat roti dan pizza, seronoknya tak terkata. Apalagi bila apa yang dibuat menjadi. Cuma tinggal roti tocang dan roti cengkerang siput..kuang3x.psst psst roti cengkerang siput tu kan.. sebenarnya masa aku belajar buat tu tak menjadi so aku bulatkan jer sebiji cam cengkerang siput tp cikgu tu bakar dengan meletakkan gula dan cheese, then aku ikut2 jerlah. tp sedap gak. hahahah petang tu ummi n the gang datang umah aku. dengan semangat membaranya aku menunjukkan roti yg aku buat tuh.. Kami gelak sakan. Seronok sangat.Maklumlah, sebelum ni kami pernah belajar buat roti tapi tak menjadi. keras dan boleh baling ke dinding. Aku buat kopi panas dan cecah roti tu ngan kuah kensom.. cikguuu.. thanks. cayang cikguuu..muahhhhs.Tp tak de piclah cikgu. sebab dah licin semuanya.len kali saya buat lagi saya amik pic dah buh kat sini. :D saya buh pic semalam jerlah cikgu ya... heheh jgn marah.

Sunday, May 18, 2008

kek Lapis Cempedak



emm resepi ori yang dapat untuk kek ni dah pernah cuba tapi tak menjadi pulak. So guna resepi sendiri. Hasilnya seperti di gambar:D

Kek Lapis Cempedak

25 biji kuning telur (A)
3 biji putih telur
1 sudu teh vanila
2 sudu makan susu pekat
1 sudu makan ovallet
150gm tepung gandum
2 buku butter
225 gm gula
1/2 tin susu pekat manis
buah cempedak yg telah dibuang biji.
air biasa

cara2.
1/2 tin susu pekat + buah cempedak + air(agak2 jer ni, jgn cair sangat)
diblender sehingga halus. Jadikan spt cream. tidak pekat sgt dan juga tidak cair.
ketepikan

tepung gandum + telur + gula + ovallet dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga gebu.
butter + vanilla + 2 sudu susu pekat di pukul sehingga kembang.
satukan keduanya dan kacau sebati.
Panaskan oven dan sapu loyang ngan mentega.
Buh kertas minyak.
Masukkan lebih kurang 3 sudu dan ratakan. bakar dengan Api atas dan api bawah sehingga kering.
keluarkan dan sapukan cream cempedak. emm..dalam satu sudu penuh .. ikut suka hati nak banyak mana:D
Oven tukar kepada api grill.
bakar sekejap sehingga kering.
kemudian masukkan adunan lagi dan ratakan.
bakar selapis demi selapis hingga habis .
Jangan lupa ditekan kay.
Apabila habis, keluarkan dan padam api grill. Tunggu oven sejuk sedikit (api grill adalah api yg sangat panas.
tutup loyang dengan kertas foil dan bakar semula dengan api atas dan api bawah selama 15 - 20 minit.
tadaaaaaaa.. kek dah siap:D

Kegemaranku..

Aku suka buat kek. Tak kisahlah kek apa. Tapi yang paling aku minat buat kek lapis. Tak kisahlah kek lapis apa. Jadi atau tidak, belkang kira. yang penting aku cuba dulu. terbaru aku buat kek Lapis Cempedak. sedap dan marvelous. tol tak ayat tu.. heheh hentam jerlah.

Sekarang ni bukanlah musim cempedak. Merayau aku cari buat tuh. Bila jumpa, buah tu tak masak. masih mentah dan keras. Pusing lagi mencari. sama gak. Ni masih tak putus asa. Tapi memanglah kan.. orang yang tak putus asa ni akhirnya diberkati. Samalah situasinya dengan aku ni. Aku dapat gak buah cempedak. Masak ranum dan harum baunya. lehlah Aku teruskan semangat yang tengah membara ni. dan inilah hasilnya. Kek lapis Cempedak yang harum dan sedap.